Sunday, 11 December 2011

PIRAMID MAKANAN

Apa yang di maksudkan dengan Piramid Makanan?
Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .

Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?
Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:
Paras 1 : Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian
Paras 2 : Buah-buahan dan sayur-sayuran
Paras 3: Ikan, ayam dan itik, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu
Paras 4; Lemak, minyak, gula dan garam

Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari?
Paras 1
Biji-bijian dan bijirin serta produk ubi-ubian (8-12 sajian)
Paras 2
Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian)
Paras 3
Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian)
Paras 4
Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)

Apakah itu saiz sajian?

Saiz sajian merujuk kepada jumlah makanan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti.

Apakah yang membentuk sajian?

carta_piramid

No comments:

Post a Comment