Monday, 28 November 2011

PRINSIP MAKAN SECARA SIHAT


1.     MAKAN PELBAGAI JENIS MAKANAN
Makan secara sederhana jenis-jenis makanan dari semua kumpulan makanan tetapi tidak terlalu banyak daripada satu-satu jenis makanan.

2.     IMBANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN DENGAN AKTIVITI FIZIKAL
Aktiviti fizikal dapat membantu badan membakar tenaga yang diperolehi daripada makanan. Ianya dapat membantu mengawal berat badan.

3.     BANYAKKAN MAKAN BIJIRIN DAN KEKACANG
Jadikan makanan dari sumber bijiran sebagai sumber tenaga yang utama.Di samping itu, makan banyak makanan dari sumber kekacang, kerana kedua-dua makanan ini kaya dengan serat. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat adalah penting untuk melawaskan pembuangan najis dan dapat mencegah penyakit sembelit dan kronik. Serat dapat membantu mencegah penyakit buasir dan penyakit usus serta dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetis dan beberapa jenis kanser.

1.     MAKAN LEBIH BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN
Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin-vitamin A, vitamin C dan asid folik dan juga mineral seperti zat besi dan kalsium. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga kaya dengan serat dan rendah kandungan lemak.

2.     PILIH YG RENDAH LEMAK DAN KOLESTROL
Lemak adalah sumber tenaga yang baik dan diperlukan untuk menyerap vitamin-vitamin larut lemak. Ia juga melarutkan makanan dan dapat memperbaiki tekstur makanan. Walau bagaimanapun, lemak yang berlebihan dapat memperbaiki meningkatkan risiko penyakit jantung koronan,strok,obesiti dan masalah-masalah kesihatan yang lain. Lemak yang berlebihan daripada makanan akan disimpan di dalam badan sebagai lemak badan dan ini akan menyebabkan berat badan bertambah.

3.     KURANGKAN GARAM DAN GULA
Kebanyakan makanan yang diawet dan diproses mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi. Pilih resepi dan hidangan garam dan gula dan lebihkan makanan segar. Kurangkan penggunaan gula ketika menyediakan minuman dan kuih muih. Ketika masak, garam tidak perlu ditambah bagi masakan yang telah ditambah kicap atau sos. Untuk mengelakkan penambahan garam yang berlebihan dalam masakan, rasa terlebih dahulu sebelum menambah garam.

4.     MINUM SEKURANG-KURANGNYA 6-8 GELAS SEHARI
Air adalah penting untuk fungsi fisiologi di dalam badan, mengawal suhu badan dan pengeluaran bahan sisa dari badan. Air diperlukan untuk mengantikan cecair yang hilang dari badan, terutamanya jika melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.   

No comments:

Post a Comment