Monday, 28 November 2011

AMALAN PEMAKANAN SIHAT

PENGENALAN:

Amalan  makan  secara  sihat  adalah  satu  faktor  yang  penting  ke  arah  kesihatan  sekeluarga,  dan  amalan  ini  seharusnya  dibentuk  dan  dipupuk   dirumah. Justeru,sesebuah  keluarga  itu  seharusnya  menjadikan  setiap  aktiviti  yang  berkaitan  dengan  makanan  seperti  perancangan  menu, pembelian, pemilihan  dan  penyediaan  makanan  sebagai  aktiviti  sekeluarga. Sementara  itu , waktu makan  juga  boleh  digunakan  untuk  mendidik  ahli  keluarga  tentang  amalan  makanan  cara  sihat. Di samping  tujuan  utamanya  untuk  mengeratkan  hubungan  kekeluargaaan.

FAEDAH MAKAN:

1.      Kesan:
Memberikan kesan positif
Sekiranya ahli-ahli keluarga dapat berkumpul bersama di meja makan dengan lebih kerap, anak-anak akan mendapat faedah. Contohnya dari segi peningkatan prestasi akademik dan harga diri. Perbualan di waktu makan juga dapat membantu memperkayakan perbendaharaan kata anak-anak.

2.     Komunikasi:
Memupuk komunikasi yang positif
Masa yang dihabiskan bersama-sama keluarga senasa makan dapat mengukuhkan perhubungan sesama ahli keluarga. Ianya merupakan masa yang baik dan sesuai untuk memupuk komunikasi yang positif diantara ahli keluarga. Ahli keluarga juga boleh menggunakan waktu ini untuk bertukar-tukar fikiran, menyelesaikan masalah dan memahami antara satu sama lain. Waktu ini juga boleh digunakan oleh ibu bapa untuk mengetahui perkenbangan perbelajaran anak-anak dan menyusuli aktiviti-aktiviti mereka. 

3.     Faedah:
Memberi faedah dari segi pengambilan makanan
Ibu bapa boleh mengambil peluang ketika makan bersama untuk mendidik anak-anak tentang makan secara sihat. Dengan makan bersama juga, ibu bapa dapat memastikan yang anak-anak mengambil makanan yang berkhasiat dan mencukupi. Semasa makan bersama, ibu bapa perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Ini kerana amalan dan persepsi yang baik ibu bapa terhadap makanan akan  mempengaruhi amalan dan persepsi anak-anak.                

No comments:

Post a Comment