Tuesday, 29 November 2011

AMALAN MAKAN YANG SIHAT

Makanan penting untuk kehidupan.
Makanan yang sihat mengandungi jumlah zat
  dan kalori yang  seimbang untuk kesihatan
  tubuh, mencegah kekurangan dan kelebihan
  pemakanan.
  
Garis panduan Makanan Kebangsaan akan

membantu dalam pemilihan makanan yang sihat 

dan dapat dinikmati. 




1. PELBAGAIKAN MAKANAN 

   - Tiada satu makanan yang mengandungi kesemua

           zat sekaligus. 


   - Tiada makanan yang harus dipantangkan kecuali

           atas masalah kesihatan tertentu.


         - Pastikan makanan harian anda adalah


      seimbang.




2. MAKAN SECARA TETAP 

    -Melangkau sesuatu masa sajian boleh

         menyebabkan kita makan berlebihan pada

         sajian seterusnya 


    
    - Pengambilan snek adalah baik tetapi

      jangan sampai ia menjadi sajian utama.
 


  Makan Sedikit Tetapi Banyak Kali !!
   •Konsep ini sukar diterima kerana bimbang dengan makan banyak, jumlah kalori tinggi.
   •Keajaiban sistem tubuh adalah semakin kerap makan, semakin tinggi pembakaran tenaga.
 

MAKAN SEDIKIT TETAPI BANYAK KALI...

7 alasan kenapa perlu makan sedikit tetapi boleh banyak kali.....
1.Melajukan BMR
2.Mengawal rasa lapar
3.Sentiasa bertenaga
4.Meningkatkan pembentukan otot
5.Mengelakkan penguraian otot
6.Memperbaiki penyerapan zat makanan
7.Mengurangkan simpanan lemak tubuh
7 alasan kenapa perlu makan kerap tetapI
 sedikit... 
1. Melajukan BMR: kesan pengambilan makanan 
    Tips: 
    makan  +  makanan TE  à   BMR  ↑↑
    - Makan akan menggerakkan enjin tubuh
     ProtEin tertinggithermic effect”: dada
     ayam, ikan, putih telur, Lemak dan gula 
   - kadar pembakaran tenaga keseluruhan 

2.Mengawal rasa lapar 
   - Puasa yang lama merangsang hormon  
     yang mengawal pusat lapar. Sukar rasa, 
     sentiasa ingin makan lagi.
     Contoh: Makan kerepek selepas makan nasi.  

3.Sentiasa bertenaga 
    - Insulin  tinggi dengan kehadiran cho
    - Merangsang pembentukan tenaga.  
    - Makan kerap dengan jumlah yang betul
      memberi peluang tindakan insulin lebih
      berkesan.    

4.Meningkatkan pembentukan otot 
     - Insulin pada jumlah yang tepat akan
membawa glukos & asid amino ke tisu
otot untuk pertumbuhan. 
* Tetapi asid amino hanya bertahan 3 jam,
 perlu bekalan baru.. 

5.mengelakkan penguraian otot 
- Jika melangkau waktu makan, otot akan
  diurai untuk bekalan asid amino darah.
- Saiz otot kurangBMR  rendah. 

6.Memperbaiki penyerapan zat makanan  
   - Makan banyak, belum tentu semua zat 
     dapat diserap dan digunakan dengan baik. 
    - Makan kerap walau sedikit, peratus
      penyerapan dan penggunaan zat lebih 
      tinggi. 

7.Mengurangkan simpanan lemak dalam tubuh 
     - Jumlah kalori makanan lebih terkawal,
       mengelak pembentukan lemak simpanan...
 
  

Monday, 28 November 2011

PEMAKANAN YANG TIDAK BETUL & SEIMBANG

PRINSIP MAKAN SECARA SIHAT


1.     MAKAN PELBAGAI JENIS MAKANAN
Makan secara sederhana jenis-jenis makanan dari semua kumpulan makanan tetapi tidak terlalu banyak daripada satu-satu jenis makanan.

2.     IMBANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN DENGAN AKTIVITI FIZIKAL
Aktiviti fizikal dapat membantu badan membakar tenaga yang diperolehi daripada makanan. Ianya dapat membantu mengawal berat badan.

3.     BANYAKKAN MAKAN BIJIRIN DAN KEKACANG
Jadikan makanan dari sumber bijiran sebagai sumber tenaga yang utama.Di samping itu, makan banyak makanan dari sumber kekacang, kerana kedua-dua makanan ini kaya dengan serat. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat adalah penting untuk melawaskan pembuangan najis dan dapat mencegah penyakit sembelit dan kronik. Serat dapat membantu mencegah penyakit buasir dan penyakit usus serta dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetis dan beberapa jenis kanser.

1.     MAKAN LEBIH BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN
Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin-vitamin A, vitamin C dan asid folik dan juga mineral seperti zat besi dan kalsium. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga kaya dengan serat dan rendah kandungan lemak.

2.     PILIH YG RENDAH LEMAK DAN KOLESTROL
Lemak adalah sumber tenaga yang baik dan diperlukan untuk menyerap vitamin-vitamin larut lemak. Ia juga melarutkan makanan dan dapat memperbaiki tekstur makanan. Walau bagaimanapun, lemak yang berlebihan dapat memperbaiki meningkatkan risiko penyakit jantung koronan,strok,obesiti dan masalah-masalah kesihatan yang lain. Lemak yang berlebihan daripada makanan akan disimpan di dalam badan sebagai lemak badan dan ini akan menyebabkan berat badan bertambah.

3.     KURANGKAN GARAM DAN GULA
Kebanyakan makanan yang diawet dan diproses mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi. Pilih resepi dan hidangan garam dan gula dan lebihkan makanan segar. Kurangkan penggunaan gula ketika menyediakan minuman dan kuih muih. Ketika masak, garam tidak perlu ditambah bagi masakan yang telah ditambah kicap atau sos. Untuk mengelakkan penambahan garam yang berlebihan dalam masakan, rasa terlebih dahulu sebelum menambah garam.

4.     MINUM SEKURANG-KURANGNYA 6-8 GELAS SEHARI
Air adalah penting untuk fungsi fisiologi di dalam badan, mengawal suhu badan dan pengeluaran bahan sisa dari badan. Air diperlukan untuk mengantikan cecair yang hilang dari badan, terutamanya jika melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.   

PEMAKANAN SIHAT


AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT

Rumah merupakan tempat yang paling baik untuk memupuk amalan secara sihat. Setiap ahli keluarga perlu saling bantu membantu dalam memberi kesedaran tentang kebaikan amalan makan secara sihat. Sikap ibu bapa terhadap pengambilan makanan adalah pengaruh yang penting dalam membentuk tabiat dan pilihan makanan anak-anak.

CARA PEMAKANAN YANG SIHAT

      i.     Mulakan hari anda dengan bersarapan pagi. Ia membekalkan tenaga dan khasiat untuk waktu pagi yang produktif di tempat kerja, sekolah atau tempat bermain.
     ii.     Makan pada waktu yang ditatapkan.
    iii.     Amalkan makan di meja atau di tampat yang dikhaskan.
    iv.     Minum susu,jus buah-buahan atau air kosong.
     v.     Makan makanan segera sekali sekala.
    vi.     Makan buah-buahan sebagai pencuci mulut dan snek. Ini kerana ianya kaya dengan vitamin,garm galian dan serat.